WARGA Singapura yang mempunyai rancangan melancong ke luar negara pada hujung tahun ini dinasihatkan supaya membuat permohonan mulai sekarang bagi membaharui pasport mereka, yang sudah tamat tempoh sahnya atau mempunyai tempoh sah lebih kurang enam bulan.
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan semalam berkata, orang ramai diharapkan berbuat demikian supaya dapat mengelak daripada permintaan mendadak bagi permohonan...





