SEBUAH pameran yang membolehkan pelajar berkeperluan khas menonjolkan bakat kreatif dan seni mereka kepada masyarakat dilancarkan Singtel semalam.
Diadakan di Galeri Nasional Singapura, pameran Expressions Through Art itu ialah yang pertama menampilkan karya seni dari kesemua 21 sekolah berkeperluan khas tempatan, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Singtel semalam.





