SEOUL: Presiden Russia Vladimir Putin memberitahu pemimpin Korea Utara Kim Jong Un kedua-dua negara akan "memperluaskan hubungan dua hala yang komprehensif dan membina dengan usaha bersama," lapor media pemerintah Pyongyang semalam.
Dalam surat kepada Kim sempena hari pembebasan Korea, Encik Putin berkata hubungan yang lebih erat akan menjadi kepentingan kedua-dua negara, dan akan membantu mengukuhkan keselamatan dan kestabilan semenanjung Korea...





