AKSES mudah kepada aplikasi 'dating' dan stigma berkurangan terhadap perkahwinan semula merupakan antara sebab yang mungkin mendorong wanita berkahwin semula, kata Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).
Mengulas tentang trend lebih ramai janda berbanding duda yang berkahwin semula tahun lalu, PPIS berkata sebab utama yang mendorong pasangan untuk berkahwin semula termasuk keperluan berteman serta kesediaan untuk mendirikan rumah tangga lagi.





