LONDON: Selepas seri 2-2 dengan Fulham dalam perlawanan pembukaan musim baru Liga Perdana England, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata pasukannya memerlukan peningkatan mendadak dalam prestasi mereka di padang sekiranya mereka mahu terus terlibat secara bermakna dalam saingan bagi mahkota liga musim ini.
Kata-kata 'keras' yang diluahkan Klopp dalam hanya perlawanan pertama liga mencerminkan 'standard' tinggi yang diletakkan pengurus asal Jerman...





