GERAKAN pekerja ingin mendekati sekurang-kurangnya 20,000 pekerja di Singapura daripada segenap lapisan usia, kolar pekerjaan dan sektor untuk mendengar pandangan serta keprihatinan, keutamaan dan aspirasi mereka menerusi satu usaha sepanjang tahun yang dilancarkan semalam.
Dinamakan Perbincangan #SetiapPekerjaPenting (#EveryWorkerMatters Conversations), inisiatif baru Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) itu diumumkan semasa satu sesi dialog yang dihoskan Presiden NTUC, Cik Mary Liew, serta...





