Pasukan wanita tchoukball Singapura mencapai sejarah di Johor Bahru hari ini (7 Ogos) selepas berjaya menundukkan pasukan Chinese Taipei 39-35 untuk meraih pingat emas pertama mereka dalam Kejuaraan Tchoukball Asia Pasifik.
Menurut kenyataan Persatuan Tchoukball Singapura (TBAS) hari ini, pasukan Republik belum pernah menewaskan pasukan hebat dunia dan juara Asia Pasifik sebelum ini, Chinese Taipei.





