MASA operasi bagi beberapa perkhidmatan kereta api dan bas akan dilanjutkan pada 8 Ogos, menjelang cuti umum Hari Kebangsaan.
Kereta api terakhir akan bertolak dari stesen MRT City Hall pada 12.30 pagi untuk penumpang yang melakukan perjalanan di laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat menuju ke stesen Jurong East, Marina South Pier, Pasir Ris dan Tuas Link.





