MENTERI Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, akan berada di Phnom Penh, Kemboja dari hari ini hingga Jumaat bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-55 dan beberapa mesyuarat sampingan yang lain.
Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam, AMM ke-55 akan mengkaji semula usaha Pembangunan Masyarakat Asean dan membincangkan cara untuk terus mengukuhkan pusat dan perpaduan Asean.





