SATU delegasi Kongres Amerika Syarikat (AS) pimpinan Speaker Dewan Perwakilan Amerika, Cik Nancy Pelosi, telah bertemu Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong di Istana semalam.
Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam, Encik Lee dan delegasi Kongres itu mengesahkan kerjasama mendalam dalam pelbagai aspek antara kedua negara, yang diperkukuh dengan kerjasama erat meliputi bidang pertahanan, keselamatan,...





