PEMIMPIN Singapura dan Perdana Menteri Laos, Dr Phankham Viphavanh, mengesahkan hubungan mesra antara Singapura dengan Laos, dengan kedua-dua negara itu sedang mempertingkatkan kerjasama dalam bidang baru seperti tenaga.
Berucap di majlis makan tengah hari rasmi bagi Dr Phankham di Istana semalam, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata Singapura dan Laos juga sedang bekerjasama dalam bidang kemampanan dan perlindungan sekitaran,...





