PARIS: Richarlison dibaling pisang oleh penyokong ketika Brazil menumpaskan Tunisia 5-1 dalam aksi persahabatan di Paris, di mana Neymar menjaringkan gol untuk melangkah kian hampir dengan rekod jaringan Pele untuk juara dunia lima kali itu.
Aksi di Parc des Princes turut dihenti seketika apabila penonton diberi amaran sebanyak dua kali supaya tidak mengganggu pemain-pemain Brazil dengan pancaran laser.





