KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara Malaysia (AGC) telah memfailkan rayuan bagi kes rasuah melibatkan presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kelmarin setelah beliau dibebaskan daripada kesemua 40 tuduhan menerima rasuah minggu lalu.
Satu sumber yang tidak mahu dikenali mengesahkan bahawa notis itu telah dikemukakan sekitar 4.40 petang kelmarin, berkaitan dengan kes Visa Luar Negara.





