Sempena Bulan Bahasa, Wisma Geylang Serai telah menganjurkan Malam Citrawara untuk menyambut dan memelihara kebudayaan, kesenian dan warisan Melayu. Acara ini ketengahkan lagu dan persembahan teater pada zaman dahulu dan ia mengikut konsep perkampungan di mana pelbagai kumpulan amatur, profesional dan masyarakat seni membuat persembahan bersama. Acara ini merupakan kerjasama Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan A'Arts Theatre Repertoire. Turut hadir...





