TERDAPAT sokongan kukuh bagi hukuman gantung di Singapura dan kritikan antarabangsa terhadapnya telah dibesar-besarkan, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, dalam satu wawancara.
Malah, satu tinjauan yang dijalankan di rantau ini menunjukkan bahawa hukuman mati telah bertindak sebagai langkah pencegahan yang kukuh bagi mereka yang merancang mengedar dadah, lantas menunjukkan bahawa pendirian tegas negara ini terhadap...





