KEPIMPINAN Athletics Singapura (SA) mungkin bertukar tangan hari ini.
Pasukan pengurusan persatuan sukan nasional itu yang dipimpin presiden Lien Choon Luen akan ditentang pasukan baru yang diketuai bekas naib presiden Govindaraju Sinnappan di pemilihan yang dijadualkan hari ini di Auditorium Black Box di Hab Sukan.





