APABILA penyanyi dua beradik, Anuar Zain dan Ziana Zain, bergabung tenaga bagi mengadakan konsert bersama di Malaysia dan Singapura, mereka hanya ingin mewujudkan aura positif menghibur peminat sesudah kegetiran pandemik Covid-19.
Mereka enggan melihat perpecahan dua puak peminat malahan bersyukur pada 6 Ogos lalu, konsert di Plenary Hall, KLCC, mampu menyatukan pencinta muzik yang sudah lama merindui persembahan 'live' disajikan...





