LONDON: Thomas Tuchel berkata beliau sangat kecewa selepas dipecat daripada jawatan pengurus Chelsea susulan permulaan hambar awal musim ini.
Jurulatih berusia 49 tahun dari Jerman itu disingkir pada Rabu lalu selepas pasukannya tewas mengejut 0-1 di Dinamo Zagreb dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara.





