SEORANG wanita semalam dijatuhi hukuman penjara empat minggu kerana mengancam penjawat awam dengan tuduhan palsu mencabul kehormatan, dan didenda $5,000 kerana mengimport produk makanan secara haram dan mengiklankan jualan dalam talian.
Siasatan Agensi Makanan Singapura (SFA) mendapati Wang Shu, 41 tahun, mengimport secara haram, sekitar 36 kilogram produk makanan, termasuk pelbagai produk daging seperti sosej, dendeng daging dan telur itik...





