SINGAPURA mungkin merupakan salah sebuah negara dengan penduduk yang paling berbilang agama di dunia, namun ia masih terus berusaha mengukuhkan keharmonian beragama, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong.
Di sebalik negaranya yang sekular, Singapura masih mencari jalan untuk menyatukan masyarakat berbilang agama untuk bekerjasama dalam segmen masyarakat lain bagi membina negara dengan rakyatnya...





