PENGENDALI makanan di pasar basah hanya perlu memakai pelitup atau pelindung percikan cecair (spit guard) jika mereka mengendalikan makanan yang telah masak dan makanan siap dimakan, kata Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam nasihat terkininya semalam.
Agensi itu menambah bahawa ia sama dengan peraturan bagi pasar raya, di mana pelitup atau pelindung percikan cecair hanya perlu dipakai oleh pengendali makanan bekerja...





