JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, kelmarin berkata beliau telah meminta pemerintah wilayah menggunakan peruntukan belanjawan mereka bagi menangani kos pengangkutan dan mengekang kesan inflasi disebabkan kenaikan harga minyak minggu lalu.
Berdepan tekanan bagi mengawal subsidi minyak yang terus melonjak, Presiden Widodo telah menaikkan harga minyak bersubsidi sebanyak 30 peratus pada Sabtu lalu, hingga mengakibatkan rakyat mengadakan bantahan di...





