KEGILAAN orang ramai yang beratur semalaman setiap kali McDonald's mengeluarkan permainan edisi terhad baru tidak dilihat di cawangan restoran makanan segera itu hari ini (8 September) apabila mereka melancarkan bekas berbentuk Pikachu.
Di sesetengah cawangan, orang ramai dilihat beratur sekitar setengah jam hingga sejam sebelum bekas Pikachu itu dilancarkan pada 11 pagi namun mereka tidak perlu beratur panjang.





