UNDANG-UNDANG semasa terhadap larangan memelihara kucing sebagai haiwan peliharaan di flat HDB tidak lama lagi mungkin ditarik balik, sedang Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) menjalankan satu perundingan awam untuk meningkatkan kebajikan dan pengurusan populasi kucing.
Berikut adalah penjelasan mengenai larangan memelihara haiwan berdasarkan laman web HDB dan jurucakap lembaga tersebut dan penjelasan daripada pihak-pihak terlibat dalam pemeliharaan haiwan di sini.





