SEOUL: Ribuan penduduk di Korea Selatan terpaksa dipindahkan apabila Taufan Hinnamnor membadai wilayah selatan negara itu hari ini dengan hujan lebat dan angin kencang memusnahkan pokok dan jalan raya serta menyebabkan lebih 20,000 rumah terputus bekalan elektrik.
Menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan, seorang lelaki berusia 25 tahun dipercayai hilang selepas terjatuh ke dalam aliran air di bandar Ulsan.





