PENGUASA Bangunan dan Binaan (BCA) telah mengeluarkan arahan berhenti kerja kepada pekerja di tapak binaan projek Bina Ikut Tempahan (BTO) Clementi NorthArc menyusuli satu kejadian tanah runtuh dekat kawasan itu awal pagi semalam.
"Sebagai langkah segera, Pembina dan Jurutera Profesional perlu menjalankan langkah penstabilan cerun serta memasang alat pemantauan untuk memantau pergerakan tanah.





