SEORANG wanita berusia 47 tahun telah diberi amaran bersyarat oleh Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) kerana membuat kenyataan meskipun beliau tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia palsu dan mungkin menjejas kepentingan awam.
Menurut kenyataan Pejabat Pofma semalam, wanita itu merupakan pentadbir laman web, Truth Warriors, yang menerbitkan dakwaan palsu untuk mengelirukan orang ramai...





