LISBON: Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri, berkata pasukannya "meminta maaf dan berasa marah" menyusuli kekalahan 3-4 mereka kepada Benfica dalam Liga Juara-Juara kelmarin, mengakibatkan kelab itu gagal ke pusingan kalah mati buat kali pertama sejak musim 2013-14.
Kekalahan itu bermakna Juventus, yang sedang terkial-kial untuk memaparkan prestasi baik, hanya mampu menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan H, yang menempahkan mereka tempat dalam...





