LONDON: Perdana Menteri Britain, Cik Liz Truss, meletak jawatan semalam (20 Okt) selepas program ekonominya mencetuskan kejutan pasaran selain menyebabkan Parti Konservatif berpecah hanya enam minggu selepas dilantik. Pemilihan pucuk kepimpinan negara akan selesai minggu depan. Beliau kini menjadi perdana menteri paling singkat dalam sejarah Britain. Encik George Canning sebelum ini memegang rekod berkenaan apabila berkhidmat selama 119 hari pada...





