PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah bertemu dan dijamu dalam satu jamuan makan tengah hari dengan para pemimpin perniagaan kanan Australia dari Asia Society Australia di Sydney semalam.
Beliau juga bertemu dengan wakil kanan dan zamil penyelidik Institut Lowy dalam satu perbincangan meja bulat tertutup yang dianjurkan oleh institut itu.





