LIVERPOOL: Sejak beberapa musim lalu, perbualan mengenai saingan merebut piala Liga Perdana England (EPL) hanya tertumpu kepada dua pasukan.
Lima saingan EPL terakhir telah dimenangi sama ada oleh Manchester City atau Liverpool - City sebanyak empat kali, Liverpool sekali - dan dalam empat daripada lima musim itu, kedua-dua pasukan telah menduduki tempat pertama dan kedua.





