UNTUK melengkapi dan memperkasa karyawan Melayu/Islam dengan lebih baik, terdapat keperluan menggerakkan golongan ini agar menyumbang kembali kepada masyarakat kerana banyak yang boleh ditawarkan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Pemerintah, tambahnya akan terus melabur dalam memperkasa rakyat agar dapat melengkapi mereka dengan kemahiran serta keupayaan relevan, dan memberi semua orang kelebihan tambahan supaya maju dan cemerlang dalam...





