JAKARTA: Sebuah pasukan penyiasat yang dikerahkan untuk menyiasat tragedi rusuhan maut yang berlaku di Indonesia baru-baru ini mendapati punca utama kematian semasa peristiwa berkenaan - antara yang terburuk dalam sejarah bolasepak dunia itu - adalah disebabkan penggunaan gas pemedih mata.
Menurut Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Keselamatan Indonesia, Encik Mahfud MD kelmarin, pasukan penyiasat yang terdiri daripada pegawai pemerintah, pakar...





