JIKA sekitar 21 tahun lalu, Rahmad Mega membawa kejayaan Anugerah Lagu Terbaik (Juara Keseluruhan) Anugerah Juara Lagu 1991 buat kumpulan Mega menerusi lagu Takdir dan Waktu, kali ini kemenangan juga berpihak untuknya dalam peraduan realiti terkini TV3, Terpaling Juara.
Rahmad, yang nama sebenarnya, Rahmad Tohak, 52 tahun, membawa gelaran Terpaling Juara dan membawa pulang ganjaran wang tunai RM100,000 ($30,817) serta...





