EMPAT wanita dan 13 lelaki, berumur antara 24 dengan 61 tahun, telah diberkas kerana disyaki terlibat dalam penjualan peranti penstriman terlarang bernilai kira-kira $500,000.
Polis berkata pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) melakukan serbuan serentak di beberapa kedai runcit di pusat membeli-belah teknologi popular Sim Lim Square pada Selasa lalu. Semasa operasi itu, lebih 2,500 set peranti penstriman haram, yang...





