Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan Angkatan Udara Diraja Malaysia (RMAF) berjaya menamatkan edisi keempat Latihan Mencari dan Menyelamat (Sarex) MALSING dua hala.
Berlangsung sejak 28 September hingga hari ini (1 Oktober) di Pangkalan Udara Kuantan (KAB), Malaysia, edisi tahun ini menyaksikan penyertaan pertama helikopter H225M RSAF dalam satu latihan luar negara.





