SERAMAI 16 warga Singapura yang menaiki bas ekspres menuju ke Kuala Lumpur cedera apabila bas yang mereka naiki itu merempuh bahagian belakang sebuah treler di Jasin, Melaka, kelmarin.
Namun menurut pihak berkuasa tempatan, tiada mangsa yang terkorban atau mengalami kecederaan serius akibat nahas itu.





