PETALING JAYA: Ringgit meningkat 0.38 peratus berbanding dolar Amerika apabila pasaran dibuka pagi semalam yang mencerminkan sentimen menggalakkan selepas kemelut politik dalam negara selesai.
Selain situasi politik, pasaran turut memberi reaksi ekoran isyarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengenai penurunan dalam kenaikan kadar.





