KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong dijangka mengadakan mesyuarat khas dengan Raja-Raja Melayu pada Khamis (24 Nov) berhubung isu pelantikan Perdana Menteri Ke-10 yang masih buntu sehingga sekarang. Mesyuarat itu dijadualkan diadakan di Istana Negara Khamis pagi, kata sumber, yang dilaporkan Berita Harian Malaysia (BHM). Difahamkan, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, akan mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu untuk merungkai kebuntuan yang...





