KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah menitahkan kesemua 30 Anggota Parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan, kata Presiden BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Presiden Umno memaklumkan demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong bersama dua pemimpin tertinggi gabungan berkenaan di Istana Negara, pagi Rabu...





