KUALA LUMPUR: Pelakon Nad Zainal dilaporkan tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Menurut pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin, setakat petang Selasa (22 November), Nad dilaporkan stabil, namun, masih berada dalam pemantauan doktor.





