SEDANG pembentukan kerajaan campuran yang merangkumi gabungan berbeza dilihat masih menemui jalan buntu semalam, gesaan supaya Barisan Nasional (BN) menjadi pembangkang sepenuhnya dan tidak perlu menyertai mana-mana kerajaan campuran semakin lantang disuarakan pemimpin utama gabungan itu.
Desakan kuat itu antara lain disuarakan Ketua Penerangan Umno, Encik Isham Jalil, yang menyatakan bahawa BN perlu menjadi pembangkang yang kuat untuk menyemak imbang...





