IPOH: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kerusi itu dengan memperoleh majoriti 3,736.
Mendahului tiga parti lain, Pengerusi PH itu dengan 49,625 undi sekali gus memintas penyandang kerusi itu sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN) dengan 45,889 undi.





