BERA (Pahang): Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di seluruh negara semalam.
Perdana Menteri Malaysia itu berkata pengundian berlangsung dalam suasana aman dan harmoni tanpa wujud sebarang provokasi daripada parti yang bertanding.





