SOKONGAN pengundi Melayu pada Perikatan Nasional (PN) semakin meningkat sejak kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula dua minggu lalu.
Malah, jumlah penyokong Melayu PN yang dianggarkan mencecah lebih 60 peratus adalah lebih tinggi daripada sokongan pada Barisan Nasional (BN), yang dikatakan merundum di bawah 30 peratus.





