RUMAH Kebajikan Muhammadiyah (RKM) merasmikan premis barunya di 101 Pasir Ris Road semalam, yang kemudahannya telah dipertingkat untuk menyokong pembangunan peribadi penghuni serta proses peralihan mereka apabila dikembalikan ke pangkuan keluarga atau masyarakat.
Antara perubahan di premis baru itu ialah struktur kediaman baru dalam kumpulan lebih kecil di mana hingga enam penghuni tinggal dalam sebuah unit yang serupa dengan rumah...





