SEORANG lelaki berumur 26 tahun ditangkap kelmarin selepas dia didakwa menyerang seorang lelaki dengan sebilah gunting di kawasan Geylang.
Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata mereka dimaklumkan tentang serangan di kawasan Aljunied Road dan Lorong 22 Geylang itu sekitar 6.30 petang kelmarin.





