KEDEDUANYA pernah tersilap langkah dan terjerumus dalam kancah dadah pada masa lalu.
Namun, sejak membuka lembaran baru dalam hidup masing-masing, Encik Alif Harith dan Cik Norlinda Mohamad Yusof telah menggunakan pengalaman mereka untuk membimbing rakan sebaya dan membantu belia dalam pemulihan dadah.





