MEREKA bukan nama besar seperti dua calon lain yang berentap dalam pertandingan empat penjuru bagi kerusi Parlimen Tambun di Perak.
Namun, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Aminuddin Md Hanafiah, serta calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Encik Abdul Rahim Tahir, yang akan bertanding di kawasan Parlimen itu tidak gentar berdepan dengan dua nama besar itu untuk menawan hati pengundi Tambun...





