KATHMANDU: Gempa bumi sekuat 6.6 pada skala Richter melanda Nepal awal semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang dan memusnahkan beberapa rumah di daerah barat Doti, dengan gegaran terasa hingga di ibu kota India, New Delhi, kata pihak berkuasa.
Lima orang lagi cedera parah apabila lapan rumah runtuh, kata Encik Bhola Bhatta, timbalan penguasa polis Doti, mengesahkan angka awal yang didedahkan pegawai...





